Tarikh/
Hari: 19 Disember 2011 (Isnin)
Masa : 11.00-11.30.pagi
Kelas : Tahun 2 Bestari
Bil.
Pelajar : 10 orang
M/
Pel
: Pendidikan Agama Islam
Tajuk : Mari
menunaikan solat
Objektif
: Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1)
Menyebut Pengertian solat dan hukum
melakukannya.
2)
Menyebut waktu-waktu solat fardu
dengan betul
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid telah mengetahui bahawa solat itu adalah suatu amalan
yang
wajib dilakukan setiap hari oleh orang-orang Islam.
Konsep
: Berpusatkan guru dan pelajar
Bahan:
Komputer, Pemancar LCD, Papan putih, Edaran nota dan Lembaran kerja
Nilai
: Bersyukur dan Istiqamah
Kemahiran
: Menjana idea.
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
||
Langkah 1:
Set Induksi
(5 minit)
|
Pengenalan
tajuk:
Lagu nasyid.
“....suruhlah
anak-anakmu bersembahyang sedari umur 7 tahun....”
Tajuk
pembelajaran:
Mari menunaikan solat
|
Memberi salam
dan meminta pelajar membaca doa.
Guru
memperdengarkan sebuah nasyid dan bersoal jawab dengan pelajar
Guru
mengaitkan dengan tajuk pelajaran yang akan diajar.
|
Menjawab salam
guru dan membaca doa beramai-ramai.
Mendengar
alunan nasyid yang diperdengarkan dan menjawab soalan guru
Mengetahui
tajuk yang akan diajar guru.
|
Langkah 2: Penstrukturan Idea
(10 minit)
|
Pengertian Solat dan hukum
melakukannya:
Erti
Solat ialah beberapa perkataan dan perbuataan yang dimulainya dengan
takbiratul ihram dan disudahi dengan salam
Hukum melakukannya
adalah wajib ke atas setiap orang islam yang cukup syarat-syaratnya.
Solat ada 5
waktu:
Subuh 2 rakaat
Zohor 4 rakaat
Asar 4 rakaat
Maghrib 3
rakaat
Isyak 4 rakaat
|
Mengedarkan
nota kepada pelajar sebagai panduan dan menambahkan lagi kefahaman.
Menayangkan
slide (gambar orang sedang solat)
sebagai pendedahan awal kepada pelajar tentang tajuk yang akan
dipelajari. Guru menerangkan erti solat dan hukum melakukannya.
Membentangkan
slide, menerangkan isi pelajaran secara terperinci serta bersoal jawab.
Latih tubi
menyebut nama solat dan bilangan
rakaatnya.
Guru menyebut
waktu-waktu solat 5 waktu
|
Menerima nota
dan melihatnya sepintas lalu.
Melihat slide
dan
Mendengar
penerangan guru serta membuat catatan.
Mendengar penerangan
guru, membuat catatan dan bertanya soalan.
Mendengar
dan mengikut guru menyebut dan membaca nama-nama solat dan bilangan
rakaatnya.
Murid
mengikut guru menyebut waktu-waktu
Solat
5 waktu
|
Langkah
3:
Aplikasi
Idea
(5
minit)
|
AKTIVITI
KUMPULAN
-Mengetahui 5
solat fardu dan rakaatnya.
-Mengetahui waktu solat
Subuh – pagi
Zohur – tengahari
Asar
- petang
Maghrib – senja
Isyak – malam
|
Membahagikan pelajar
kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahap pandai, sederhana
dan lemah.
Meminta pelajar
menyebut semula nama-nama solat 5 waktu dan bilangan rakaatnya serta menyebut
waktu bagi 5 solat tersebut.
|
Bergerak mengikut
kumpulan dan melantik ketua kumpulan masing-masing.
Pelajar menyebut
semula nama-nama solat 5 waktu dan bilangan rakaatnya.
|
Langkah 4:
Penilaian
(5 minit)
|
LATIHAN DALAM KELAS
-
Namakan 5 solat fardu serta
rakaatnya
-
Menyatakan hukum melakukan
solat
-
Menyatakan waktu-waktu solat
fardu
|
Mengedarkan
soalan latihan kepada pelajar dan meminta pelajar menjawabnya.
Guru memantau
dan membimbing murid menjawab soalan
Membincangkan
jawapan pelajar, menilai, memberi pengukuhan
dan memberi ulasan terhadap jawapan pelajar.
|
Mengambil soalan
latihan dan menyiapkannya secara individu
.
Mendengar ulasan guru
dengan teliti, memberikan pelbagai
respon dan membuat catatan.
|
Langkah
5:
Penutup
(5
minit)
|
RUMUSAN TAJUK
-
Pengertian
solat dan hukumnya
-
Solat fardu 5
waktu
-
Waktu-waktu
solat
|
Mengajak
pelajar berfikir tentang pengertian solat dan hukum melakukannya
Mengajak
pelajar ingat solat fardu 5 waktu dan mengetahui waktu-waktunya
Membuat
rumusan terakhir berdasarkan tajuk dan aktiviti yang dijalankan.
Memaklumkan
kepada pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari pada sesi pembelajaran yang
|
Memberikan
pelbagai respon kepada guru
.
Mendengar
penerangan guru dan membuat catatan.
Mendengar
arahan guru seterusnya menutup kelas dengan bacaan doa beramai-ramai.
|
oklah tu Ramlah. Sayapun baru belajar buat blog. Sama-samalah kita usaha ke arah kebaikan disamping memberi ilmu untuk para guru dan anak didik kita. Layarilah blog saya pula.
ReplyDelete